I'm coming home...coming home

Assalamualaikum...

Akhirnya...kita masuk jugak rumah setelah lama ya amat tinggalkan dia.  Dah Cuba masuk 5 6 Kali Dah sebelumm ni tp  asyik tak boleh je..punya la fikir apa password rumah ni...konon lupa password, sekali lps berbuka Tadi teringat Gila Kat blog, so Cuba jugak masukkan itu ini...Cehhhh tersilap email rupanya...hah kau Dah tua Ainul!

Rumah Dah bersawang tebal ni. Takpa Dah nak raya kita akan bersihkan dia secara bersungguh-sungguh..errr...iNsyaAllah...

Kepada yg comments Dan berkurun jgk tak berbalas, saya mintak maaf...hari ni baru dapat terjah rumah sendiri...Dan yang pastinya lepas ni kena banyak Baca Quran sebab kronik sangat Dah sakit kau ni Ainul...Kehkeh

P/s : sorry korang..sy akak Cuba jawab soalan pencinta kucing satu per satu bila ada masa rajin nanti...sekarang baru nak panaskan badan ;-)

Cekgu kecintaan hati!

Assalamualaikum...

Fuhhh..fuhh bersawang seperti biasa...

Entry yang memang tak akan panjang....janji yang err...er..mungkin lebih sikit daripada pendek ;)

Dulu masa sekolah memang akan ada cikgu kegemaran.  Selalunya akan suka seseorang cekgu tu atas dua sebab yang munasabah di pemikiran.  Orang lain tak tau la macam mana kan...

1.  Cekgu tu baik...selalu senyum.  Kalau garang pun takpe pasai kebanyakan masa dia adalah sangat menyejukkan hati.

2.  Tak biased - bila masuk bab biased ni macam banyak tragedi je.  T____T budak nakal katenye..balik sekolah pagi sempat lagi pergi mengail.  Bila masuk kelas petang memang selemuihh habis.

Tapi sangat lah terinspirasi dengan seorang cekgu ni..pesannya, kalau suatu hari kamu jadi cekgu, sila pastikan kamu sayang murid lemah melebihi murid yang sedia pandai.  Murid lemah labih memerlukan sokongan seorang cekgu untuk menggapai bintang yang tertinggi...

 p/s : selamat hari guru in advance...
kalaulah saya seorang guru....   :(

Cara buang telur lalat pada kucing

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran.   Hajat di hati macam tanak memblog dah sebab sangat tak konsisten untuk menjelma kat belog ni.  Tapi bila ada hamba Allah ni tanya "macam mana nak hilangkan telur lalat dekat kucing?"...oh mannnn...tahu tak hati terus lembut, mencair bagaikan ais cream vanilla di bawah terik mentari..awww ..haha over okayss...serius soal haiwan bikin jiwa sasau kalau tak dapat nak menolongnye. 

Asalkan dapat bagi satu dua petua pun ok lah kot daripada duk buat orang tertanya.  Jangan gusar pencinta haiwan sekalian, tanya saje..mana yang tahu saya akan cuba bagi tips, mana yang saya tak tahu jom kita share cara terbaik nak jaga kesayangan-kesayangan kita.

Pertamanya, maaf kerana saya tahu tips ni dah terlalu lewat untuk saudara sebab comment nye bertarikh 2 Disember 2013.  Dah sebulan lebih..nak masuk dua bulan dah pun.  Sedangkan telur lalat tu hanya perlukan beberapa jam je untuk bertukar menjadi maggot.  

Ok lah nah tips nye...cara paling mudah...

Letak minyak (gamat, minyak baby, TYT or apa je minyak yg tak panas) pada bahagian  yang ada telur lalat tu.  Biar dalam seminit dua tapi 5 minit lg afdal sebab biar semua telur tu lekang dan tak melekat kuat kat bulu kucing tu.  Lepas tu boleh la tarik guna kain.  Untuk bahagian yang dekat dengan kulit tu boleh la guna cotton buds.

Setakat ni hanya cara ni je yang saya tahu.  Selamat mencuba wahai pencinta haiwan sekalian ;)

Cara buang maggot (ulat) pada kucing

Assalamualaikum...

Meh pagi-pagi ni pencinta kucing nak bagi petua cara untuk buang ulat sampah (maggot) pada kucing. Memandangkan kucing ni sensetif kalau ada luka sikit pun dah cukup untuk menarik minat si lalat Ninja Pekasa Hitam. 

Dulu takda pengalam.  Bila kucing pertama dalam rumah berulat kaki memang gelabah tahap infiniti.  Tengok ulat merenyut, darah terus sampai kepala.  Geli tak ingat.  Tapi sebab dalam rumah ni lagi ramai yang geli maksimum punya geli maka terpaksa memberanikan diri jugak lah.

Kita pinjam gambar dari page Wira Fans Club 

Kucing kita sebijik macam ni dulu.  Tapi ada satu lg luka besar atas luka ni.  Maksudnya ada dua tempat luka terbukak macam ni dan penuh dengan telur lalat dan ulat.  Allahurabbi geram tengok ulat tu.

PETUA 1 :
LUKA BESAR

~  Kalau dah terbukak macam ni senang tarik je satu2 ulat tu mana yang mampu.  Guna penyepit khas atau    cepit kuku pon boleh.  Saya guna penyepit kuku lagi senang.
~  Bila yang luar ni dah habis, jangan lupa ulat belah dalam isi tu ada lagi.  So boleh letak MINYAK.  Apa jua jenis minyak  (jangan minyak panas).  Ulat akan lemas dan berlumba-lumba untuk keluar.  Masa ni tunjukkan kepakaran tarik ulat satu-satu :)
~  Dan yang paling senang, sembur BAYGON. Baygon saja okeh!  Yang jenis lain tak berapa nak jalan.  Petua PALING BERKESAN ni.

Guna yang ada muncung macam ni.  Senang nak sembur celah-celah luka

PETUA 2 :
LUKA KECIL

~  Kalau luka kecik ni senang sikit.  Mula-mula letak minyak.  Dah nampak ulat cari udara so boleh la tarik satu2.  PETROL n MINYAK GAS pon boleh.  Tapi pedih sikit la.  Lepas tu kena taruk MINYAK GAMAT supaya hilang pedih tadi.
~  Macam biasa kalau ulat susah nak keluar dan kita kurang pakar nak tarik ulat tu, sembur je BAYGON.

PESANAN PENTING : lepas sembur baygon tu, cuci luka dan sila letak minyak gamat or TYT or ape je minyak berubat yang boleh kurangkan pedih pada kucing.  Minyak urut yang panas takmawww okeh!

Then jangan la sembur / letak petrol sekali banyak terus. Letak sikit-sikit. Memang bab rawat kucing ni perlukan kesabaran yang tinggi.

Langkah terbaik lepas korang buat semua tu, sila pakaikan "kolar" pada kucing supaya dia tak jilat kawasan yang kita rawat.

Jangan lupa letak kucing dalam sangkar, letak air dan jangan bagi terdedah pada lalat. Saya letak dalam bilik air n tutup sangkar dengan kain nipis. Kejap-kejap kena p tengok kot ada lalat datang hurung.

Cuba jangan tak cuba noh.  Ni InsyaAllah berkesan sangat.  Kucing kita pon dah elok.  Tumbuh isi sempurna dan start buas balik dah.

Semoga perkongsian yang sedikit ni dapat menyelamatkan banyak lagi kucing.

Makin antik

Fuhhh...Fuhh....sawang merata-rata

Assalamualaikum belog....kesian awak ditinggalkan kesepian...

Cuti terlalu lama membuatkan ayat yang nak disusun pun perlu difikir secara berlama-lamaan..berkarat habis habaq hang..

Saya perlukan lagi satu blog untuk melukis potret kehidupan untuk dua bulan yang lalu.  Banyak sangat benda yang berlaku wajib dibelogkan tapi tak terbelog.  Kesibukan yang terlampau.

 Jadi emak  tugasnya berat.  Jadi abah tugas lagi mencabar.  Jadi cikgu...hmmmm bila next cuti...hihi....jadi pengasuh, skali skala kebudak-budakan..oh rindunya zaman muda mudi...dalam banyak-banyak tugasan tu memang jatuh cinta untuk jadi "abah" selalu.  Abah masuk pulau selalu pun tak pe sebab menggantikan abah adalah benda yang paling menterujakan.  Setiap saat Masa banyak habiskan dengan emak.  Berteman sepanjang masa..

Rasanya perlu satu ruang khas dalam belog tentang perkembangan mengikut usia.  Tanda antik dalam diri dah makin banyak.  Heh tetiba rasa sangat dewasa -___-"

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua!!!!! eksaited sungguh dia ni...orang lain 7 Syawal dah beraya dia neh dah hujung-hujung baru jumpa penyudah.  Apa nak dihairankan....asik makan je koje nye.  Mencabar ohh puasa tyme adik-adik ada kat rumah.  Kakak masak tapi kakak tak boleh makan.  Adik-adik pulak rajin  pepagi dah siap hidang sarapan...oh   wat da syiookkk meh! meleleh ayaq lioq!

Memandangkan si Arina dengan adik duk goyang kaki sambil membelek bintik-bintik demam campak yang penuh kat badan tu, si kakak terpaksa jadi kreatif cipta menu baru tanpa minyak, tanpa makanan laut, tanpa...tanpa  dan tanpa....ohhh sooo pening lah semua benda depa tak boleh makan.
Menu yang paling best dan senang bubur nasik + ikan bilis dan bihun sup iakn bilis...  Campak brokoli, bunga kubis n sawi banyak2.  Sungguh ini pun nafsu boleh tertewas *sigh...

Raya maghrib semalam siap ada nasik impit kuah kacang, satey, rendang ayam n daging, lemang pulut n jagung...nasik impit je buat seniri yang lain semua kawan mak bagi...rezeki Syawal..Alhamdulillah....

Mak siap bagi baju sebab tahu iman anak dia ni senipis kulit bawang.  Kate mak baju tu sebagai cabaran buat puasa sunat isnin khamis sepanjang tahun.  Phewww...
InsyaAllah cabaran isnin khamis akan disahut tapi sepanjang tahun tu er...er.. *dasar iman nipis betoi budak neh!

Arina sweet pagi ni buat nasik goreng kampung untuk kakak dia.
me : macam mana kalau makan nasik ni pastu berjangkit demam tuy?
Na : HAHAHA main kasaq nampak..

Sudahnye, pagi raya bergelak ketawa secara jemaah...a gud way to start d day =D