Cara buang telur lalat pada kucing

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran.   Hajat di hati macam tanak memblog dah sebab sangat tak konsisten untuk menjelma kat belog ni.  Tapi bila ada hamba Allah ni tanya "macam mana nak hilangkan telur lalat dekat kucing?"...oh mannnn...tahu tak hati terus lembut, mencair bagaikan ais cream vanilla di bawah terik mentari..awww ..haha over okayss...serius soal haiwan bikin jiwa sasau kalau tak dapat nak menolongnye. 

Asalkan dapat bagi satu dua petua pun ok lah kot daripada duk buat orang tertanya.  Jangan gusar pencinta haiwan sekalian, tanya saje..mana yang tahu saya akan cuba bagi tips, mana yang saya tak tahu jom kita share cara terbaik nak jaga kesayangan-kesayangan kita.

Pertamanya, maaf kerana saya tahu tips ni dah terlalu lewat untuk saudara sebab comment nye bertarikh 2 Disember 2013.  Dah sebulan lebih..nak masuk dua bulan dah pun.  Sedangkan telur lalat tu hanya perlukan beberapa jam je untuk bertukar menjadi maggot.  

Ok lah nah tips nye...cara paling mudah...

Letak minyak (gamat, minyak baby, TYT or apa je minyak yg tak panas) pada bahagian  yang ada telur lalat tu.  Biar dalam seminit dua tapi 5 minit lg afdal sebab biar semua telur tu lekang dan tak melekat kuat kat bulu kucing tu.  Lepas tu boleh la tarik guna kain.  Untuk bahagian yang dekat dengan kulit tu boleh la guna cotton buds.

Setakat ni hanya cara ni je yang saya tahu.  Selamat mencuba wahai pencinta haiwan sekalian ;)

3 comments:

Dora93 said...

berkesan ke??

HR said...

Saya terus mandikan je kucing tu dengan air suam. Lepas tu, berus guna berus gigi(yang dah tak guna). Berketul² telur tu melekat pada berus. Omg sesak nafas nak cuci benda alah tu. Berus bulu meow sampai takde lagi telur yang melekat.Done!!

HR said...

Saya terus mandikan je kucing tu dengan air suam. Lepas tu, berus guna berus gigi(yang dah tak guna). Berketul² telur tu melekat pada berus. Omg sesak nafas nak cuci benda alah tu. Berus bulu meow sampai takde lagi telur yang melekat.Done!!