Hai September!

Assalamualaikum..

Kau nampak tak dia punya bahagia pada pangkal 'hai' tu.  

Bukan main hati berbunga nak tunggu mak dengan abah datang Segamat melawat anak gemok depa ni.

Seperti biasa, kita akan angkut bersama kawan-kawan yang kita selesa untuk kenalkan dengan keluarga. Kawan-kawan yang akan suapkan makanan bila budak gemok ni kebuluran.  Yang akan ada bila kau semput di pertengahan track orang jogging dan kau hanya walking. Kawan yang bila kau baru nak lelap, tetiba saja buat miss call.  Kawan yang tunggu kau melenggang 10 minit untuk balik. Kawan yang akan ketawa terbahak-bahak walaupun memasing di jadikan bahan buat unggun api. Ya ya, semua yang yang yang di atas adalah sangat istimewa di hati.  Mereka wanita manakala #akumasihwanitanormal  

Sabtu, come to mama!!!


KUKA lagi dan lagi

Assalamualaikum.

Bersiaran di pagi hari dengan kicauan burung dan kokokan ayam.  Sunyi sepi office bila hari minggu. Kerja dengan lelaki memang lah waktu-waktu begini belum nampak muka. takpe sebab mereka juga akan pulang paling lewat dan aku juga yang paling awal. 

Semalam sedang enak emak dan abah tengok Pencetus Ummah, si anak memecah kekusyukan mereka.
Along : Esok nak g KuKa boleh?
Kemudian emak dengan abah punya reaksi adalah seperti....krik...krikkk..cengkerik di mana-mana. HAHA itulah engkau, bersuara tiada mukadimah memang itulah makanan dia.

Mak abah bagi ke tak? 
Jawapan dia, hari ni aku ke office membawa bersama bungkusan kain baju beserta narita untuk lapik tido.

Alhamdulillah emak dan abah izinkan. Tiada apa yang nak dihalang kalau ke KuKa destinasinya. Mereka cukup faham betapa anak dia nih memang asyik nak ke sana saja. Pantang ada waktu. Walaupun ada urusan tapi singgah tetap singgah. Dan beberapa kali jugak anak dia ni angkut depa jenguk KuKa. Rindu gang muda-mudi dan anak-anak membawa aku ke sini.

Aku harap virus rindu ini akan ada ubatnya selain di Kuka dan SuBes. Eh itu belum sentuh bab SuBes lagi. Baru saja sebut sudah membuat aku nanar. Kerinduan anak-anak hufaz di sana. 

Eh ayuh la berangkat!

November 2k16

Assalamualaikum.

Hye November! Semoga hidup di bulan ini memberikan ketenangan. Tiada kekacauan jiwa seperti penghujung Oktober. Kau kena jauhi Pejabat Perhilitan Gerik untuk kekalkan keamanan dalam hati. Hati dia ni bukan sado mana pun tapi punya la degil pergi ke kawasan larangan.

Bulan baru hidup baru.  Selamat tinggal bidang yang sering buat kau terjatuh hati berkali-kali. Tiada lagi rutin untuk lakukan benda yang paling kau suka.  Tiada anak-anak Kuka mahupun SuBes. Berdoa je lah moga kau sentasa ada dalam setiap doa mereka
.
Terjun ke bidang yang kita tak rasa kita mampu buat dan tidak sesekali kita terfikir akan buat, akan buat kau jadi kuat! Moga Allah sentisa iringkan dengan pertolongan DIA sepanjang jalan ini.

Hari pertama yang banyak kesalahan. Kau memang cuai seperti kebiasaan. kehekeh... dan bekerja dengan dikelilingi oleh jejaka-jejaka dan kau satu-satunya bunga  buat jiwa rasa agak kekok. tapi bak kata emak, bekerja dengan orang lelaki ni lebih mudah. Kurang tekanan dan kurang juga dosa. Dalam nak sedapkan hati anak, sempat juga emak menyentapkan hati anak dia ni. Hati yang kering ni kena jugak sentapkan dia sekali sekala. Asyik bersenang lenang saja.

Penghujung hari yang diri sendiri dapat agak...Kau seperti kebiasaan, lambat untuk mesra.

#kenduriPERHILITAN
#newlifebukanwildlife

Penghujung Ramadhan 2015

Assalamualaikum...

Kalau nak kata pada usia sekarang saya dah cukup matang, memang sepatutnya terlebih matang pasai Dah makan banyak garam lengkap dengan ajinomoto kedai segala..

kesan ajinomoto masakan kedai tu buat kau jadi sedikit tak matang...buktinya, saya masih risaukan baju raya yang tak berambik lagi Kat rumah tukang jahit walaupun dh dekat sebulan siap. Saja buat2 bz. Orang kata, tanda kau Dah matang, kau tak risau kalau takda baju raya. Oit mana boleh. Family semua pakai kaler royal blue takkan saya nk berkain batin berbaju kurung Kedah...curlasss kau! Nak tunjuk ayu sangat tu..Ahhh acah2 kau baik ni..melampau!

Tapi kan...tapi..
Bila sebut hujung ramadhan ni, hati jadi dewasa sikit lah. Dia ada satu rasa sesak dalam sana. Tak boleh nk terangkan pada orang tapi rasa tu ada. Nak cakap macam mana ye? Benda ni boleh sebabkan ada sendu di hujung sana. Ni bukan acah2 kau baik taw. Ni real fear factor. Dengar lagu raya memang teruja tp bila lagu gumbira berkumandang kau teresak macam kau Dah seploh tahun tak balik Malaysia apa kes pulak.

Walaupun semalam last tarawikh, pagi Tadi last sahur Dan hari ni last puasa...harapnya tahun depan bersua lagi dengan kekaseh hati Ramadhan yang kacak.  Tahun ni sama macam tahun lepas. Persembahan yang tak memberangsangkan.  Semoga...Semoga..
Harapan setinggi gunung!

Salam Aidil Fitri uols!!!
Maaf zahir batin.


sesak

Assalamualaikum...

Bak kata emak, dulu anak Mak terjaga malam takla macam sekarang. Dulu ada pengisian, sekarang bukak Fb je...erkk...ibu2 adalah sangat prihatin occay...anak2 silalah kembali ke pangkal jalan...Hihi

Ptg semalam Dan tika ini, jiwa adalah tak keruan. Sesak!
Kita boleh sorok dari orang lain tapi tidak diri sendiri Dan tidak sesekali daripada emak sendiri.  Sekuat apa pun kita sembunyi, emak adalah insan paling arif mentafsir anak.

A ; mak, petang ni rasa sedih sangat. Rasa nak nanges tapi tak tau kenapa ;(
(padahal Dah mmg bergenang air mata)
E : kenapa? *Mak acah2 tak tau
A : tak tau...

serius! Diri sendiri tak pasti kenapa dada rasa sesak sangat. Banyak sebab tapi tak pasti mana satu. Sampai la mak kata...

"takkan lepas pergi pej abah jadi macam tu"

Errr ok, Dah jumpa..rasanya ni salah satu penyebab utama. Nampak tak, mak sangat hebat menghidu.  Lepas ni tak payah dh pergi tempat2 yg bisa merubah emosi.  Tapi point utama kenapa sedih sangat pun tak tau...aaaaa tak pasti...tak pasti..
Kau nampak tak emosi dia paras bahaya dh..diri sendiri pn tak tau masalah sebenar.

Ayat terakhir daripada mak, sebelum ceq bawak diri masuk bilik "banyakkan selawat"

Alhamdulillah...nampak keberhasilannya..

18 Ramadhan

Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu. Tinggal berbelas hari untuk habiskan Ramadhan bukanlah suatu perasaan yang indah. Semoga yang tersisa ini tiada yang sia-sia..

Untuk tidak menambahkan kesia-siaan di hujung minggu, saya dah buat satu projek untuk elakkan diri sendiri Dan adik-adik daripada tidur selepas subuh...well rancangan agak berjaya...

Tadaaaa!!!!
Percubaan pertama yang cemerlang untuk tart nenas. Orang kata buat apa pun kena sama rata ye dok. Oleh sebab itu, untuk jadikan dia fair, red velvet cookies kita adalah sedikit hancuq..HAHA over confident punya pasal..nak campak emplex sekali tercampak baking powder. Hah maka kejadiaannya adalah boleh la...rasa mmg tak tau...lepas berbuka karang kita test.


Red velvet cookies yang kembang semangkuk
Nak p bazar Sat...sambil-sambil cari mentega. Kegilaan bermusim..Kehkeh..