Saya bukan perempuan sejati??

Assalamualaikum...

Dah lama tak ngadap blog, dah macam hilang akal @ tak tahu dah dari mana nak mula. Nak susuna ayat macam mana. Nak lemtak depan ke belakang? OK2 tak payah memerah otak sebab bukan exam pon. Tulis je ikot suka hati. Kalau dapat nokia sebijik harusla sampai pagi esok saya dok ngatur ayat neh * acu i kasi u hint ni..hehe

Saya rasa, saya adalah wanita asli yang tak perlu di buktikan lagi. Amboi berani-berani pulak mengaku asli dia ni walaupun rambut bukanlah boleh di buat maggie di waktu kelaparan. Oh bukan asli tu. Asli yang saya maksudkan adalah saya masih berjalan lemah gemalai macam gadis-gadis yang lain walaupun orang lain cakap tak pon, tapi saya kuat merasakan adalah sangat ayu semasa berjalan walaupun memang berperasaan seperti berkawad sampai kulit terbakar masa form3. Dan orang sekeliling saya pasti berperasaan mahu humban saya masuk ke dalam pasukan askar wataniah -__-"

Ini ada satu hal yang membuatkan mood membelog tersekat. Bila orang dengan bangga mengatakan saya bukanlah wanita sejati. Eyh???

Fikir punya fikir, terima di akal jugak la bila orang cakap macam tu. Satu benda penting yang saya rasa semua perempuan boleh buat tak kira la anak sultan ke anak dato' ke, pasti boleh. Saya je kot tak boleh.
Eyh tetiba macam malu pulak nak mengaku...HAHA
Saya tak pandai main bola jaring...Serius kau jangan tanya la posisi mana-mana. Semua tak tahu. Owh kasihan anak En. Naza neh. Tapi bangga jugak sebab tahu "C" adalah duduk di tengah..HAHA tak la teruk sangat ilmu tentang bola jaring ni walaupun akan ada yang mencebik. Sila-sila =)

Dari dulu sampai sekarang  bila ada orang ajak main bola jaring, dalam hati dah DUP DAP, DUP DAP. kalah orang nak kawin. Owh sangat berciri ke OVERan hatiku sebab masa ni la terbongkar rahsia dan biasa sangat dah dengar "Ko ni pompan ke tak ni", "senang ya amat la main bola jaring". Apa-apa je la.Yang penting memang saya tak tahu!

Walaupun bukan perempuan sejati tapi saya dengan bangganya jugak mengakui saya bukanlah lesbo...oh tidak sama sekali sebab dah memang terang tak payah suluh-suluh kalau jumpa spesis yang macam KAKA' atau NADAL, automatik stop! pandang! dan dalam hati akan WOW! 
tapi kalau jumpa spesis Lisa Surihani ke Erra atau sesaipa saja gadis cantik, pandang memanglah pandang tapi dalam hati "OH SPESIS AKU JE NI" dan tiada WOW untuk anda...hehe. Kesimpulannya saya adalah wanita sejati. Senang kata, nafsu untuk kaum hawa adalah kosong walaupun main bola jaring tak pernah tahu.  ^____^

No comments: