Demam...Yeayyy!!!!

Assalamualaikum...


Yeayyyy!!!! *sambil lompat bintang
HAHA pening ke apa lah budak ni....saya syak dia ni baru lepas main buaian pusing kali ha....

Ini demam yang sungguh sedap.  Bak kata abah demam ni dah lama abah tunggu. Yes....yes...yes bapak! Anak abah jugak begitu.  Kalau tak masakan anakmu ini sanggup paksa abah hantar kereta masuk bengkel semata-mata nak pastikan trip pagi hingga ke malam  yang hanya akan menjelma 5 tahun sekali ni berjaya terlaksana.  Perancangan trip yang tepanjang masanya.

Pagi petang siang malam perbualan hidup akan terfokus kepada PRU 13....banyak benda yang dibualkan tetapi PRU ni memang akan dibincangkan di mana-mana sahaja.  Tak cukup waktu riadah keluarga kita sambung di tempat makan.  Anak abah suka dengar segala fakta dan hujah intelek abah.  Abah adalah "abah paling superb" dalam dunia *bapak saya kan....hihihi.  Politik yang bosan pon jadi best bila abah join bercerita ~sayangggg Abah~

Jumaat lepas abah tukar tayar kereta....semangat demam betuii...pasai dah janji dengan anak-anak  "PRU nanti kita pusing satu Perak dan balik tembus kat Kedah".....Wowwwwww suka sangat!!!!!

Emak pulak duk bising kat abah suruh tengok betul-betul kereta tu....PRU nanti terus gerak je.  Tak payah nak belek-belek kereta bagai.

Terima kasih abah  dan emak untuk demam yang sangat best ni.  Major love mumsie n daddios :)






No comments: