Kewarasan yang kadang sedar dan tidak...

Assalamualaikum...

Genap seminggu yang mengSTRESSkan...mak kata anak sulung kena banyak bersabar, kena banyak berkorban, kena banyak bertolak ansur...
Abah kata kita sebagai hamba Allah memang akan sentiasa diuji dengan persekitaran dan masyarakat sekeliling.

Bila saat waras, hati akan sentiasa ingat  "ok ini ujian...ada sebab Allah hadiahkan aku dengan ini semua.  InsyaAllah ada cahaya depan sana.  InsyaAllah akan ada pelangi selepas hujan".  Ini semua time akal berfungsi secara sempurna.

Bila asyik duk fikir sampai zikir ntah kemana mula la timbul yang tak waras.  "Ya Allah kenapa jadi macam ni. Kalau tak buat macam tu mesti tak jadi macam ni.  Kalau awal sikit mesti semua akan ok"..semua berkisar kepada kalau...kalau dan kalau.

Mak kata Along kena redha...yer saya kata saya redha dengan setiap ujian.  Redha dengan setiap apa yang berlaku.  Mak kata lagi, tanda orang redha ni dia takkan persoalkan kenapa Allah uji dengan itu dan ini.   Haaa kena la setepek atas kepala kannn....
aduhai emak semoga anakmu ini akan sentiasa tabah...tsk....tsk  T___T

Ya Allah permudahkanlah segalanya....Ameennnn....


No comments: