Selepas keputusan UPSR 2012

Assalamualaikum...

Hari Isnin semangat bangun pagi terus buat kerja rumah.  Berdesup je dengan harapan cepat siap dan boleh hantar Izzati gi sekolah ambik result.  Kononnyelah berdesup, padahal pukul 10 pon tak siap lagi.  Nak cari baju kurung yang nak pakai pon satu hal.  Nama lagi perempuan kannnnn...



Muka sebelum ambik result....senyum yang tak berapa nak ikhlas...Budak ni semangat bagun awal pagi iron baju...sebelum gi sekolah sempat lagi snap picca pokok-pokok kat luar rumah....

Teringat soalan yang saya tanya dia sehari sebelum result keluar.  Nak tergelak dengar jawapan dia.  Macam sengaja nak kenakan kakak dia balik...

Me : Takot tak...ape perasaan? macam mana kalau tak dapat 5A?  Abis la kalau tak dapat.
Ti   :  Mmmm it's ok la Along....tetap boleh gi tingkatan 1 kan....

*ok kakak sakit hati!!! nak usik adik pastu sendiri yang terkena...HAHA


Izzati dengan muka girang duk balas senyum dengan BFF dia

Nasib baik pakai elok...cikgu suruh mak bapak masuk PSS skali ngan anak.  Disebabkan mak dengan abah kerja, makanya mak dara ni lah yang ganti bagi pihak diorang...berdebar-debar sangat!  Kalau lah dulu tahu macam ni lah perasaan mak dulu, kompen ai belajaq betul-betul...

BFF...Dua-dua budak target yang dapat 4A saja....sob...sob...

Sedih sangat bila umum. Izzati dapat 4A 1B je.  Saya sedih tapi tak nak la tunjuk depan Ti takut dia down.  So ai tahan je la walaupun aishhhh rasa sesak je dalam hati ni ...thanks sangat-sangat kat Abah sebab usaha jugak datang kat sekolah time kerja  semata-mata nak bagi semangat kat Ti.


Lepas semua urusan kat sekolah dah selesai, bawak Ti gi pejabat mak.  Mula-mula ok pastu lepas nampak mak depan mata terus dia peluk mak erat-erat dan nangis.  Sumpah masa ni sedih sangat and i cry a river...hoho...sedih oh tengok mak dengan Ti nangis.  Sebak! dan sebab tu jugak takda ganbar yang boleh di "snap".  Pasal duk bz lap air mata -___-"


Mak bagi bunga tapi air mata Ti still mengalir...


Cubaan emak untuk memujuk..


Air mata dia lagi laju mengalir.  Sedih sangat tengok Ti time ni.
Ti cakap dia memang sedih sebab tak dapat bagi 5A untuk emak dengan abah....tapi dia lagi sedih sebab dia tak jangka langsung dia dapat B untuk Bahasa Inggeris.  Fasal dia pagi petang siang malam pergi kelas BI.  Orang gi makan angin pon dia tak nak ikut sebab cikgu BI dia best...ye lah kan orang kampung selalunya mana suka subjek bahasa penjajah ni.  Jadinya bila BI dia dapat B sedangkan dia dah berusaha sehabis baik, dia rasa macam dah kecewakan mak abah sangat-sangat...
Sebenarnya dia duk jangka B untuk Bahasa Melayu.

Kakak sulung hanya mampu berikan ciuman kasih sayang supaya kesedihan dia dapat diredakan sikit.  Tapi macam tak berkesan je sebab dia bermurung sampai hari ni dan makan pun macam tak lalu.

p/s : kita merancang, Allah juga merancang dan ternyata perancangan Allah itu adalah yang terbaik...

2 comments:

radzdynna said...

Alhamdulillah... masih jauh lg perjalanannya... keputusan 4A 1B still membanggakan... =)

AinulNaza said...

:)