Assalamualaikum...

Lima hari tanpa STREAMYX sangat mengazabkan...sangat!!!
Kalau setakat tinggal FB lama-lama takda la nak meroyan sangat *sikit-sikit ada kot =p
Tapi bila tak boleh bukak Yahoo check inbox bagai memang gelabah. Hari-hari rasa macam nak call TM. Tapi bila fikir macam asyik aku je yang call, terus duduk diam macam zaman batu.

Dah tiga hari lepas call still macam sama takda kemajuan bila on je tengok DCL n INTERNET takda signal memanglah terpaksa memerdukan suara call TM lagi sekali. Okay dia cakap tengah baik pulih sampai pukul 9 pagi esok. Ok fine boleh saba lagi...
Banyak hari tunggu boleh sabar, takkan sehari tak boleh kan?

Ntah macam mana tengah main game komp tetiba terpandang wire line. Aik macam something wrong somewhere jek. Bila tengok je............cissss putus ok putus! Tikus gigit! *senang cakap. 

Mak cakap kalau macam ni setahun tunggu pon tak dapat online...HAHAHA kenapa hari ni baru nak perasan benda remeh ni.

No comments: