penat

Assalamualaikum...

Tadi teman kawan beli barang kawen. Masuk butik pengantin terus terasa mahu menjadi pembantu si Tuan Tokey. Melampau kau Ainul!
Sangat cantek sampai mata terambang-rambang dibuatnya. . Terus jatuh hati kepada baju-baju menawan yang tergantung di rak. Owh baru ku tahu, butik pengantin haruslah menjadi musuh terakhir dalam senarai musuh hidup saya sebab ianya membuatkan saya tewas tanpa fight -________-

Rasa macam nak semua. Tak tahu mana satu yang berada dalam senarai teratas. Nasiblah bukan saya yang nak kawen. Kalau tidak pasti tumpas untuk memilih warna tema walaupun sebelum sampai kedai memang berazam kuat dengan warna hijau, bila sampai kedai saya mahu pink!!! *ok tipu...pink memang takda dalam senarai hidup! Lembut awwww....awwww i rasa =p

Okay tutup fasal baju kalau cerita lima pages belum tentu selesai!

Merambang memilih bunga paha/peha *ok tak tahu sebutan mana yang betul
Ini pon dah berapa jam stay dalam kedai. Kalau boleh rasa macam nak tutup kedai bersama tokey.
Biasalah bakal pengantin terumbang ambing tak tahu mana satu pilihan hati.

Pertama kali keluar rumah tanpa secebis rasa bersalah. keluar pukul 10.30 pagi balik 5.++ petang. Sampai terpaksa solat dekat masjid. HAHA macam over sebab okay kau keluar shopping then pergi solat dekat masjid? Kalau KL tak kesah kot.

Bila balik adik-adik mula tunjuk muka satu geng dengan cuka. Tapi saya tahu ubat dia. Bentangkan makanan secara mithali, terus adik senyum tanak berhenti. HAHA Budak-budak itu la saya suka. Rasuah sikit terusss jalannnnn. Muahahaha jahai gila!

Ok malas mengarang dah. Nak mandi. Nak solat. Nak tido. Nak BLA...NLA...BLA
Slamat malam =)

No comments: