Salji!!!

Assalamualaikum...

Musim salji jernih sudah kembalikah?
Dah beberapa hari manyuburkan bumi kering sehingga bertakung-takung tak tersedut si tanah. Janganlah banjir. Mana nak cari sampan. HEHE
Nyaman yang satu macam memang lain. Malam-malam tak perlu kipas *jimat eletrik mak noks oii..menari..menari..

Sejuk! Terpaksa pakai sweater walaupun lemak bagaikan setebal beruang kutub tapi masih tak cukup untuk menghalang angin ganas mencucuk tulang yang tak kuat. Lepas ni bertekad serbu  mana-mana kedai untuk beli  susu Anlene. Dengan harapan esok minum lusa tulang dah kuat....HAHA sungguh menipu!

Malang sungguh rumah tak berciri tradisional sepenuhnya. Kalau tidak, untung-untung boleh hidupkan dapur kayu buat panaskan badan. Eh Ainul sila bersyukur  kalau tidak gelap lobang hidung kau tiup asap hari-hari. Api hidup tak jugak. Baiklah...baiklah...bersyukur!

Saya seperti mati. Bukan mati betullah. Dosa banyak amalan pon kurang. Harap panjang lagi usia.*insaf...insaf
Sebenarnya saya sudah seperti mati kutu dibuat oleh card reader. Bersepah gambar dalam camera tak boleh nak menayang di blog.
Semangat untuk mengerjakan belog juga sudah "seperti tersembam ditimbus salji".  Erk???

p/s : bila tiap-tiap malam pon sejuk, tengkujuh pon dah macam winter. Salji oh salji ;)

No comments: