Menggigil...

Assalamualaikum...

Sindrom yang berlaku bila hati sangat kerinduan dengan blog. Tapi otak saya dah macam statik. Penyakit malas nak buat karangan fikir panjang-panjang memang menyerabutkan otak. Karangan? sampai sekarang rasa macam magic bila terkenangkan di tingkatan 4 dan 5 saya tak pernah ada buku latihan karangan. Diulang TAK PERNAH ADA! HAHAHA dasyat tak aku? *nada belagak -__-

Dengan berbekalkan bakat lakonan terpendam, saya tak pernah ditangkap kerana tak buat karangan. Saya pon kompius...atau dengan ayat lain mungkin cikgu pon dah malas nak mengadap aktress seperti saya. HAHAHA *gelak jahat  KEGEMBIRAAN MASA MUDA ^___^
Melompat tinggi-tinggi duduk rumah goyang kaki. Tak perlu terpusing otak mengarang ayat berjela. Tapi kalau saya versi Karam Singh Walia sehari tak mereka ayat pelik tapi sedap, mahu meroyan agaknye.

Erk ok sila tinggalkan memori menguris hati cekgu. Tapi sebelum tu, BM i A juga masa SPM tau *wink

p/s : tangan saya menggigil! tapi otak malas...huhhhh

No comments: