Assalamualaikum...
Kalau nak kata pada usia sekarang saya dah cukup matang, memang sepatutnya terlebih matang pasai Dah makan banyak garam lengkap dengan ajinomoto kedai segala..
kesan ajinomoto masakan kedai tu buat kau jadi sedikit tak matang...buktinya, saya masih risaukan baju raya yang tak berambik lagi Kat rumah tukang jahit walaupun dh dekat sebulan siap. Saja buat2 bz. Orang kata, tanda kau Dah matang, kau tak risau kalau takda baju raya. Oit mana boleh. Family semua pakai kaler royal blue takkan saya nk berkain batin berbaju kurung Kedah...curlasss kau! Nak tunjuk ayu sangat tu..Ahhh acah2 kau baik ni..melampau!
Tapi kan...tapi..
Bila sebut hujung ramadhan ni, hati jadi dewasa sikit lah. Dia ada satu rasa sesak dalam sana. Tak boleh nk terangkan pada orang tapi rasa tu ada. Nak cakap macam mana ye? Benda ni boleh sebabkan ada sendu di hujung sana. Ni bukan acah2 kau baik taw. Ni real fear factor. Dengar lagu raya memang teruja tp bila lagu gumbira berkumandang kau teresak macam kau Dah seploh tahun tak balik Malaysia apa kes pulak.
Walaupun semalam last tarawikh, pagi Tadi last sahur Dan hari ni last puasa...harapnya tahun depan bersua lagi dengan kekaseh hati Ramadhan yang kacak. Tahun ni sama macam tahun lepas. Persembahan yang tak memberangsangkan. Semoga...Semoga..
Harapan setinggi gunung!
Salam Aidil Fitri uols!!!
Maaf zahir batin.
1 comment:
Ramadhan 2015?huhu...
Post a Comment