Bz tapi tak memilih!

Assalamualaikum....

Heh tajuk post pelik benau lepas pekena lemang dengan rendang ni.  Ok iols ulangi "tajuk post".  Ini klasik bukan? hehe

Serius bz sangat dekat2 nak raya hari tu.  Padahal beraya di Gerik sehari je dan dalam sejarah sungguh sejak2 dah besar ni beraya di tempat orang.  Dolu2 masa opah dengan tok ada biasalah kan selang seli tempat rayanya.  Dah 14 tahun berlalu tetiba persiapan raya macam anak perantau pulak dah.  Dua tiga hari sebelum raya dah kena susun beg, tarik baju tema family, ambik kasut raya, bungkus kuih, dan yang paling best pagi raya tangkap gambar dengan tudung caca marba.  Kes nyanyuk...tudung pon boleh lupa beli  T___T

Semuanya salah ini...

Dua hari buat tak siap-siap.  Sudahnya pagi raya pon sibuk jugak dengan benda alah ni. Pagi raya jugak nak tampal dan letak batang segala.

Mak geleng kepala tengok anak dah sasau dengan prop selagi tak siap...hihi anak dia ni memang dah lama mengidam prop comel-comel ni.  Makanya terpaksa berazam secara luar biasa untuk siapkan benda remeh-temeh penyebab kepada bilik bercirikan tongkang pecah.  Tak nampak roghope bilik anak dara.

Oh yang bestnya mak siap bagi sampul pink.
"nah isi duit raya daripada duk main permainan budak Tadika"
Oh pedasnye mak...haha pasrah je lah minat punya fasal.

Alaaa nak masukkan gambar kat Taman Tasik tyme  bebudak tu pegang prop ni.  Comel sangat tapi gambau nan ado kat tangan pulak dah.

Bila dah berkumpul adik beradik macam-macam topik keluar.  Ok saya kena bom kerana perkara biasa..haha...  Ok all isz well Ainul...all isz well.... "serius Ye tak memilih, kalau yang kudung sekalipun kalau hati baik Ye terima apetah lagi kalau  Adi Putra"  .,,kakaka nampak tak ayat memula tu macam ahhh baiknya hati kau Ainul pastu bila masuk je kenyataan ke dua tu...haha all isz well.....

Baik kau keluar sekarang Ainul!!!!

No comments: