melawat

Assalamualaikum...

Setiap hari adalah hari kerinduan.  Rindu kuasa sepuluh dekat budak ni.  Risau yang lain macam.  Mungkin sebab dia yang paling muda berpisah dengan famili.

Sampai je asrama dia dah duk tunggu kat depan.  Alahai adik sayang oiii apa pasal muka takda manis ni?
Bila emak tanya kenapa, mesti dia cakap takda apa.  Kuasa power puff girl mak sentiasa hebat menerka apa yang ada dalam hati dan fikiran anak.  Jangan la nak sorok masalah  kecik besar semua mak akan tahu...

Risau sungguh tengok Izzati.  Selalu dia kuat gelak, ceria, banyak cakap.  Tapi semalam langsung la.  Sepatah yang kita tanya sepatah jugak la yang dia jawab.  Badan pun dah susut sikit...yang paling ketara tang muka tu.  Mak tanya kenapa muka burn macam tu, dia cakap takde ape la mak.

Adohai adikku, ini memang menimbulkan kekacauan dalam kepala otakku.  Adehhhh la...
Emak lagi la super duper risau duk pikir kot ada senior buli ke.  Tapi mak syak dia homesick sebab hari khamis dia balik rumah pasai dia kena gi hari  anugerah cemerlang sekolah rendah.  pastu kawan dia balik malam di pulak gigih nak balik  pagi Jumaat.  Mak nak hantar lepas majlis tu dia tanak...

Adik sayang kakak...dia belanja Izzati katanya.  "emak ambik duit adik yang ada kat mak tu taw kita beli makanan untuk Izzati".  yo yo or je....padahal duit emak jugak. HAHA

Adik bajet macam guna duit dia.  Mak bagi RM50 tapi dia beli air dua, nasik ayam untuk Ti.  Pastu yang dia sah-sah nak lebih....chiken chop.  Yang orang lain dia tak beli pasal takot duit habis...kedekut pahit!

untuk adik

untuk kakak

No comments: