Kisah rumput hijau, Taman Tasik dan Zoo

Assalamualaikum....

Selepas diketawakan secara berjemaah oleh family gara-gara permintaan dah macam kanak-kanak Ribena, terpaksalah membawa sekeping hati yang lara melihat kehijauan alam.  Walaupun peluang untuk menjenguk zoo seakan tidak akan tercapai, makanya tengok pintu masuk zoo Taiping pun ok la.  Sekadar melepas batuk di tepian pagar zoo....UHUKUHUK *waaa nak masuk zoo...please!


Nah bunga untuk emak and abah.  Walaupun tak tunaikan harapan anak sulung ni untuk jadi kanak-kanak ribena untuk sehari, kasih dan sayang tetap tebal untuk kesayangan dunia akhirat  :)


Mengubat hati sendiri.....bawak adik pergi photoshoot pre-convo kat Taman Tasik Taiping.  Tempat yang saya paling suka, paling jatuh hati dan paling tak pernah jemu.  Pantang gi rumah umi kompem nak datang sini.  Sepuluh kali turun Tepeng sepuluh kali jugak la datang sini.  Pastu pusing dua tiga kali tempat yang sama.

 Emak tanya apa yang best sangat kat situ dan jawapan kanak-kanak ribena ni adalah sebab dekat dengan zoo! hahaha boleyh?  Taklah.  Sebenarnya sebab  tempat tu cantik sangat.  Untuk penggemar  GO GREEN ni hati akan jatuh berkali-kali dan takkan jemu tengok kehijauan yang mengghairahkan.  Err ai kehilangan perkataan lain untuk terangkan macam mana hebatnya hijau yang cantik tu.  Sangat terpukau.  Dengan pokok-pokok rendang yang superb rendang.  Ohhhh im in love mama!!!


Kanak-kanak ni berangan nak jadi student UiTM.  Sebab jubah dia soooo cantik!  U kita takda kerawang-kerawang tu *sambil lap air mata 
dan kerinduan untuk bergelar student memuncak secara tiba-tiba!  Phewww sabarlah wahai hati.

2 comments:

aan_una said...

hai syg... : )

AinulNaza said...

hye drling <3
amboi lamanya cuti...