Pantang larang orang-orang tua

Assalamualaikum...

Untuk tatapan permulaan...

Eyh bukan suruh tengok gadis tudung hijau tu. Tuh kereta batman yang terbukak segala sayap depan belakang tu...pengalaman2...

Al kisahnya actually iols dengan mak nak pergi bank nak bayar yuran konvo budak si tudung ijau nun.  Ntah mana yang silap enjin kereta pulak panas masa naik bukit.  Bayangkanlah terkandas kat bukit curam pastu dengar cerita dekat situ jugak budak pejabat abah buat kawalan ada harimau bintang.  Haish cuak i noks.  Dengan duk terpikir kalau la kereta berundur tiba-tiba.  Mak cakap mustahil la but me kan selalu fikir luar kotak yang rabak. KAHKAH sengaja bagi mak cuak sekali...

Mungkin sebab muka-muka yang terkandas tu ada nur *ok sila lempang laju2
Ramai yang berenti nak tolong tapi tak boleh buat apa pun sebab bukan rosak,cuma enjin panas dan penyelesaiannya  moh la kita lepak-lepak tayang muka dalam 40minit baru boleh jalan.  

Yang tak tahannya siap dah macam g picnic bagai la pulak..

Tengok la dekat sebelah mak tu.  Siap ada bekalan  "cakar ayam".  Belum lagi tengok dalam kereta.  Ini kerja budak si tudung hijau tu.  Konon tak sempat sangat nk breakfast.  

Corak baju yang tetiba mesra alam.....
 Mak : dekat atas sikit ada harimau tu
 Adeh mak sengaja buai hati saya kecut oh!  Ingatkan saya je yang pandai buat orang cuak, rupanya mak lagi hebat.  HAHA

Disebabkan selalu terdengar orang-orang tua cakap,  kalau dalam perjalanan ada masalah, silalah patah balik.  Macam akan ada benda yang tak kena

  Makanya sireh pun pulang ke gagang dengan perasaan yang hampa...

No comments: