Mandi bunga

Assalamualiakum...

Hari tu mak dah terpotong banyak bunga so macam sayang nak buang sebab macam cantik pulak.
Terus teringat kalau mandi bunga pon best jugak kan. Tapi ni bukan nak tolak bala ke apa. Syirik tu. Saja suka-suka tabur bunga dalam kolah. Dengan semangat membara terus relaikan bunga dari tangkai dia. Basuh sikit terus tabur dalam kolah. Aisehhh cantik nye la.
Ehee bunga kertas je pon. Abah cakap sepatutnya guna bunga wangi baru la badan serap bau dia. 

Nampak tak satu baldi tu...rugi kalau buang. At least idea mandi bunga not bad la jugak =p


Ok dah siap boleh la mandi!!!

Nak share satu fakta tentang mandi bunga ni. Kita cilok dari sini
Antara artikel beliau :

Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
 
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap
tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur
bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga
matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.

Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang di lakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang di lakukan setiap hari.

Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.

P/S : Harap anda x terpesong. P.E.A.C.E :)

No comments: