esok saya kahwin!

Assalamualaikum...

yup! esok saya kawin kalau jodoh Allah hantar esok. Kalau Allah pos lambat, makanya lambat la saya kawin. 

Mentanglah Maksu saya bertunang hujung minggu ni. Nak nak pulak Maksu umur sama dengan saya. Jiran-jiran pon sibuk ambil kesempatan tanya soalan bertubi-tubi.
Semua orang pon nak tanya  
bila nak kawin? jodoh orang mana? kerja apa? Owh tak lambat la kamu pulak lepas ni? bulan berapa? *makcik kalau ye pon ghairah nak tanya, tarik la nafas dulu ^_____^

hey hey banyak soalan nampak! saya tak bukak kaunter pertanyaan lagi dah berlambak kena tujah. Aippp!!
Kalau makcik2 tengok dengan mata, ye memang saya dah boleh la nak kawin. Boleh la nak bagi saya rasa gagap sekejap nak jawab semua soalan tu. 

Tapi makcik2 please!!!!! Tolong tengok dengan MATA HATI JIWA boleh? mana saya nak jawab semua soalan yang saya sendiri tak tahu jawapan dia. Soalan yang jawapan muktamad ada pada sang PENCIPTA. Tensen saya T_______T

Saya senang je hidup membujang sekarang. Title 'isteri' tu tak payah kot terkejar macam berebut coklat dalam tepung. Biar la coklat tu datang depan pintu. Biar sempurna iman dia sudah.

p/s : Biar takda BMW 5series tapi kalau ada tu bonus ehee.
Moga saya dipertemuka dengan insan yang lebih mendekatkan diri saya pada-Nya. Boleh bimbing saya. Tu pon dah cukup baik =)

2 comments:

A.S.I.A.H said...

salam..esok lusa tu kawin la tu..insyaAllah..hehe

ainul said...

salam Asiah =)
itula....laju nau makcik2 bg soklan cepu mas -__-"