Mawar Putih Untuk Mama

Assalamualaikum...

Mama I Luv U sampai nafas terakhir.  ^____^  Ma, saya saja senyum lebar-lebar. Biar mama tahu saya sayang beliau dengan ikhlas!  

Bukan sebab mama layan saya yang perasan macam orang dah kerja nak kain pasang tiap-tiap bulan. Juga bukan sebab topup free setiap bulan walaupun ini macam "pucuk dicita ulam mendatang" kalau tak dapat topup mula la bertukar daripada Doremon berhati mulia jadi Giant yang suka buli Nobita tu. Pendek kata diri akan berciri seperti  ibu ayam kehilang anak. Desperate gila kau ni Ainul. 

Eyh ada kredit budak ni tapi mesej selalu tak balas. Ok kawan-kawan, budak yang bernama Ainul ni jarang suka nak balas mesej. Dengan kata lain, baiklah korang call je selamat kreditku. Nampak tak sangat kedekut di situ. Sila menyesal tertonggeng-tonggeng sebab dapat kawan 20sen balas kat maxis pon berkira...HAHA 

Bukan berkira tapi masalahnye handphone tu dah wajib campak dalam tong.  Nak tekan S dia muncul P. Nak call sepuluh kali tekan baru nak dapat. Ke ada sapa-sapa nak kasi handphone free satu. Gerenti 1 mesej 50sen pon saya balas. Hint untuk My Acu...HAHAHA gila semua benda mintak ihsan =)

Melalut tak ingat dah ni. Ok ni ha. Mama Selamat Hari Ibu. *nada paling manis
Lagu ni khas untuk Ma. Terima kasih sebab jadi ibu yang paling best dalam dunia. I Luv U seluas alam ^____^
nah ni sekuntum MAWAR PUTIH UNTUK MAMA @}---
juga ini 
MAWAR PUTIH UNTUK MAMA by Sharifah Aini =)

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi


Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku


Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu


Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sbagai lambang kesucian cintaku

p/s : Ntah sejak bila la panggilan emak tu bertukar jadi Mama...HAHA...

2 comments:

I_Hate_Lolipop said...

selamat hari ibu...~

aku pun tak suka nak balas msg...penat nak type.

ita cutevirus said...

selamat hari ibu buat ibu anda...
semoga menjadi anak yang solehah...