Rindu...

Assalamualaikum...

Nak tempuh dua minggu ni siksanya rasa.  Rinduuuu!!!


Pagi sementara tunggu bas sampai siap makan-makan lagi.  Keluar rumah pukul 4.30 pagi sebab katanya bas sampai pukul 5.  Alih-alih kata sampai pukul 9 pulak.  Ape lagi terus berdesup balik rumah jap.  Buat air, goreng kentang dan kotiaw.  Hehe ejaan kotiaw paling best :p
Buat alas perut mak dengan umi...


Pastu anjang dengan p.njang beli nasik lemak n kueh.  Ya Allah banyak sangat rezeki pagi tu.  Nasik lemak saja dah berapa belas bungkus tambah pulak abah beli jugak kueh.  Orang yang nak pergi umrah memang tak lalu makan dah.  Jadinya anak-anak yang  perabis nye XD

Nampak tak...memang tak lalu makan dah ni.  Ambik kueh je.

Dalam gambar nampak sopan-sopan je makanan ni semua tapi  realitinya ya Allah saiz gedabak.
Orang lalu lalang pun duk ingat kitaorang berkelah.  HAHA


Gambar atas dan bawah ni sumpah sweet sangat.  Kesayangan dunia akhirat.  Anak-anak sedih mak nak pergi tapi abah la orang yang paling berat nk berenggang dengan emak.  Dua tiga malam sebelum mak berangkat pun abah asyik duk teman mak susun barang.  Yang paling best, malam sebelum berangkat tu abah siap ajak mak keluar berdua.  Alasannya nak suruh mak beli kasut lagi sepasang.  Anak-anak rela hati tunggu rumah.  Nasiblah adik-adik iols memang baik macam kakak dia ni kan.  HAHA perasan!




Sambil makan sambil ketawa.  Sambil makan sambil berborak.  Sambil makan sambil bergambar.  Hehh banyak nau sambilnye.  


Penuh.


Masa ni start dah drama air mata.  Saya gagah kot pasai tak menitis air mata langsung.  Tapi 5 minit pertama je la.haha...mula-mula saya steady okeh.  Pastu ada satu famly tu nanges sangat-sangat yang sangat-sangat.  Haaa nampak tak kesungguhan mereka menangis.  Pastu apa lagi jatuh jugak setitik dua air mata ni.  Tapi kali ni memang bukan air mata palsu dah.  


Adohai nak tunggu dua minggu ni terasa lamanya.  Rindu mak dengan umi :(

Selamat bertunang sahabat...

Assalamualaikum...

19 Mei 2013 selamat dah sahabat yang sorang ni bergelar tunangan orang...what? me?  lambattttttt lagi....tsk...tsk T_____T  mula dah keluar air mata palsu dia tu....HAHA

Diam-diam ubi berisi...bertuah punya kawan.  Hari Sabtu  nak betunang hari Jumaat baru cerita.  Itu pun mesej saja.  Bila pot pet pot pet kat dia kenapa tak bagi tahu awal terus dia bagi jawapan selamat.  "takut tak jadi...karang beria cerita takut jadi macam dulu ".  Ok lah alasan diterima.  Jangan risau Ina, kite tak ambil hati pun sebab kite tahu apa itu 'trauma'.

Yang baju hitam tu kita biar je dia gelap kat sudut tu...orang lain bertunang dia yang sibuk.  

Ina kata ni semua kerja last minute.  Duk cadang nak bertunang bulan 6 tapi pihak lelaki nak bulan 5 jugak so hantaran pon main kotak-kotak je senang....kalau tak silap semua hantaran tu ada 17 rasanya.  Banyak! ada yang buat sendiri tapi banyak yang orang sedekah.  Tak sedap pulak tak letak atas dulang...nanti orang terasa.

eloklah sorang mata ke kanan sorang mata ke kiri...arah kita berbeza..

Tema biru.  Cantik sangat.  Kalau kat rumah selalunya warna biru abah sorang je suka.  Anak-anak pandang sipi-sipi je pasai semua kata biru tak naik seri.  HEHE tapi tau tak lepas tengok je Ina 'berseragam biru' dalam hati terus wowww cantik jugak biru ni....weheee first time kot suka color biru.  

Hey si baju hitam....gelak takda nak kontrol langsung!
Gambar akhir ni walaupun nampak sangat tak sopannye tapi kena letak jugak.  Major love kat gambar ni sebab ada cerita lucu di sebaliknye. "kak Ina sampai bila hang nak tutup mulut tu?" HAHA Last2 adik sendiri kenakan dia.  Ni memang geng yang kalau dah bersembang  tak ingat ape dah ni.

p|s : semoga jodoh kekal ke jinjang pelamin...dan ke Syurga kelak...amin...

Cahaya Syurgaku

Assalamualaikum...

16 Mei....masing-masing sibuk buat ucapan untuk guru.

 Adik-adik seminggu yang lepas dah start mintak mak belikan hadiah untuk cikgu.  Saya kata, adik tak payah bagi hadiah la sebab along lagi suka kalau bagi sajak atau kad yang isinya sangat bermakna.  Adik terus muncung...  Bukan taknak bagi tapi macam tahun-tahun yang lepas bawak hadiah punya la banyak lepas tu 5 je dia bagi cikgu yang lain dia bawak balik semula.  Bila mak tanya, macam-macam alasan dia.

"Adik cari cikgu tak jumpa, cikgu bz, cikgu itu, cikgu ini....bla...bla...bla..."
sudahnya semua hadiah buat pekasam kat rumah.  Pastu bila suruh bawak je hadiah tahun lepas taknak pulak tu.  Apa lagi kakak yang perasan ada kuasa veto ni terus bebel.  Automatik adik cakap "ok tak payah beli" HAHA ketawa jahat dalam hati sebab macam berjaya sekat keinginan adik...

Alih-alih petang semalam elok keluar bilik je tengok bunga berkuntum-kuntum duk kat depan tv.

me : sapa bagi bunga ni? ambik mana?
adik : mana ada sapa bagi.  Adik la beli kat ustazah sekolah petang.
me : hmmm ok.

Yang tak tahannya dia siap buat jeling-jeling lagi tu.  Sakit hati mak noks!  Di sebabkan sakit hati makanya moh la kita tutup cerita pasai hadiah...

Paling  istimewa 16 Mei ni adalah hari lahir mak...permata hati dan cahaya syurga saya :)
Sayang mak ketat-ketat *hugsss


Selalunya akan buat makan-makan tapi kali ni mak tak nak...dah tua...segan katanya..saya ok saja tapi abah adalah sangat romantik...balik kerja awal dalam pukul 10 macam tu.  Lepas tu beli lauk suruh iols masak lauk kegemaran emak.  Gulai lemak nenas + udang yang paling utama...Ohhhh sweetttttt!

Mak balik petang tu dengan senyum simpul..tapi tak terus makan pasai mak puasa...masa mak berbuka tu abah teman mak makan.  HAHA cenggini rupanya romantik orang dah lama kawin..
kesudahannya saya hanya mampu tersenyum dalam hati.  Ya ALLAH SEMOGA KEBAHAGIAAN INI BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA.  Aminnn.....

Masalah saya, dia atau kita?

Assalamualaikum...

"kakak tolong baca blog kita taw...kita baru buat"
"baca tak blog yang pasai artis tu bla...bla...bla..."
"blog budak tu cantik la kak...akak tengok tak lagi?"

Nampak tak...nampak tak....masalah semorang ke iols sorang je nih?
Nanti orang suruh baru nak bukak baca..
Adoi...mungkin masalah saya sorang je ni...malas membaca *sigh
Serius lepas ni jangan duk tanya la cerita itu ini dekat saya, hampir semua cerita yang duk dijaja tu iols tak tau...lain la kalau tanya

"kak Ainul resepi Mat Gebu best tak? sedap tak?"
"Resepi kat resepi bonda tu menjadi tak?'

HAHA ini memang dasar perut besaq kan...Kalau tanya pasai NADAL dan KAKA' juge mungkin boleh jawab dengan kelajuan yang tinggi  sebab memang suka sport sesangat.  Dua tiga pagi pon kekadang boleh join abah tengok live tenis dengan bola sepak ni.

Kalau nak bergosip pastikan uols bagi link biar kakak ni khatam dulu barulah boleh nak duduk berdiskusi di meja bulat sampil hirup kopi.  Kalau tak, kesian sungguh dia  ni dah macam badut.  "eyh betul ke? macam mana boleh jadi? kat mana?" Terkejut sana sini macam orang duk dalam gua.

junior cakap "kak Ainul baik tak payah buat blog kalau malas membaca ni.  Tak adil sebab kita baca blog kakak tapi kakak jarang bukak blog kita"
HEHE sorry dik. Akak buat blog mula tu pasai saja nak letak gambar takut hilang.  Budak U kn...pendrive selalu kena virus....sekarang ni pulak kakak pun memang dah malas update....adil apa camni..HEHE sorry..

p|s : nanti akak cuba rajinkan diri...cuba ok cuba...bukan kompem terus rajin :p

Flashmob Gerik (PRU 13)

Assalamualaikum...

Nah gambar yang tak berapa nak fresh ni...


Perancangan awal sekadar nak bawak adik-adik keluar pekan sambil carikan bunga untuk emak.  Alih-alih ini pulak yang terjadi.

Tak tahan tengok bebudak flashmob akhirnya iols dropkn adik-adik dekat group flashmob tu.  Kakak tak turun pasai pakai tak seayu mereka.  Jeans dan blouse pendek memanglah sangat memalukan untuk join sekaki..

Allahurabbi seronok jugak perasaan raya lima tahun sekali ni.  Mulanya pagi hingga ke petang langsung takda rasa seronok cuma excited untuk memangkah.  Tapi lepas tengok flashmob, keseronokan  berganda umpama makan KFC sampai menjilat jari gitu :)   Nak lagi dan lagi!!!!

Malam pulak pusing kampung.  Umangaihhh kalah suasana raya. PR dengan BN semua ada buat makan-makan sambil duk siapkan markas dan pondok panas.  Meriah yang satu macam lah.  Lain dan tak pernah rasa macam ni.  Rasanya dua tiga kerat je yang duduk kat rumah.  Yang lain semua keluar.  Yang dalam rumah tu dah tentu spesis macam iols ni haa.  Farm Heroes Saga...Candy Crush Saga.  Meroyan!

Oklah apa-apa pn pilihan anda, selamat mengundi semua...

Hidup ini satu proses pembelajaran dan pengajaran

Assalamualaikum...

Tajuk tu macam haishhhh tak boleh membelahkan aje ropenye.  Tajuk yang paling best untuk kisah hari ini....tsk...tsk...

Macam mana la boleh lupa hari ni hari buruh...yakin-yakin jer bila mak kata along ambik tiket awal takut habis.  Nak jugak menang... "takpe mak tak habis punya...bukan musim cuti"....
Haaa sekali amekaw! "maaf kak tiket tinggal malam je"...Gedebuk *hati jatuh berderai T___T
Ini musim raya Ainul....musim raya.  Lima tahun sekali haruslah tiket habis awal.

Dah la pergi hentian duta pon terpaksa susahkan si hitam manis Herman tu.  Gerakkan orang tidur di awal pagi hari buruh adalah perbuatan yang sangat membuahkan rasa bersalah setebal 'kitab yellow pages'.  Tak cukup dengan gerak awai nak pulak tambah balik saja kinrara pastu mintak tolong hantar malam pulak? mengarut! 

Ting!!!!
~ ambik bas pergi ipoh / kuala kangsar / taiping pastu naik bas loncat balik rumah.  Mmmm not bad.  Idea yang hebat di saat diri terdesak...harus la hebat pasai sendiri yang salah...HAHA

Selamat naik kat Duta masalah pulak kat Ipoh.  Cettt kenapalah kite tak tau sekarang dah tukar kat terminal Amanjaya.  Grrrrrr....masalah betoii.  Jauh benau dari Roadways.  Hati kacau bila tanya semua kaunter jawapan yang diberi adalah mengecewakan.  Dan dan terbayang tidur kat terminal je la malam ni...HAHA over tau nok!

Errr satu benda yang family tak tau dan anjang dapat teka dengan betul adalah i cry a river kat terminal tu.  Bukan a river sangat pon, sekadar air mata dipinggiran :p   Dalam pada duk menetes air mata palsu tu sempat lg tawaf  Mydin.  Sambil-sambil duk berfikir nak call anjang atau si sepet mintak tolong.  Tapi hati macam yakin je anak umi yang sorang tu mesti balik Tepeng.  

Akhirnya......Berita gembira pasai anjang nak hantar sampai kuala.  Phewww Alhamdulilah....

Kesimpulan hari buruh kite adalah huru-hara...haru-biru...tapi ending yang best sebab anjang dengan p.njang hantar sampai rumah...HIHI terima kasih  kesayangan semua. 

p/s : Pengajarannya jangan beli tiket lewat.  Nanti sendiri yang kecewa lepas tu menyusahkan orang lain pulak.  HEHE sorry semua!